Lebih 70 tahun bersama, hari ini separuh jiwa Tun Dr Mahathir pergi – Ajak Shiro - Utusan Malaysia

Lebih 70 tahun bersama, hari ini separuh jiwa Tun Dr Mahathir pergi – Ajak Shiro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro tersentuh mengenangkan keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, hari ini.

Menurut Ajak, pemergian Siti Hasmah pastinya meninggalkan kehilangan besar buat Dr Mahathir selepas melalui sebahagian besar kehidupan bersama.

“Lebih 70 tahun bersama. Agak kekok melihat Tun Dr Mahathir tanpa Tun Dr Siti Hasmah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini separuh jiwanya pergi. Semoga Tun diberikan kekuatan,” menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Ajak turut mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah serta ditempatkan dalam kalangan insan beriman.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehah serta beriman dan dikurniakan syurga untuknya. Amin Ya Rabbal Alamin,” kongsinya.

Pagi ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan khabar pemergian Tun Dr Siti Hasmah yang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun.

Berita pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir sekitar pukul 9.20 pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×