Saya masih solo, bahagia dengan kehidupan sekarang - Zulin Aziz - Utusan Malaysia

Saya masih solo, bahagia dengan kehidupan sekarang – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zulin Aziz mendedahkan dia kini bahagia meneruskan kehidupan solo dan tidak terburu-buru untuk mencari pengganti.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, berkata, dia percaya setiap aturan dan rezeki berkaitan perkahwinan sudah ditetapkan pada waktunya.

Malah, Zulin menegaskan fokus utamanya ketika ini adalah memberi tumpuan penuh kepada keluarga dan kerjaya dan diri sendiri.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan percaya setiap perkara ada waktunya. Kalau ada jodoh, insya-Allah saya terima dengan hati terbuka tetapi buat masa ini saya lebih fokus pada keluarga, kerjaya, dan diri sendiri.

“Bila usia sudah semakin matang, kita bukan lagi mencari seseorang yang sekadar membuatkan kita bahagia. Kita mencari seseorang yang membawa ketenangan dan boleh sama-sama membina masa depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Zulin dilaporkan sudah bercerai dengan bekas Farhan pada 18 Disember tahun lalu. Zulin dan Farhan bernikah pada 20 Februari 2022, bagaimanapun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Walaupun begitu, Zulin enggan berkongsi punca perceraian dengan bekas suami, selepas lebih empat tahun mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN