Tindakan melabel sesebuah filem itu ‘sampah’ terlalu keras- Mimi Lana - Utusan Malaysia

Tindakan melabel sesebuah filem itu ‘sampah’ terlalu keras- Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Mimi Lana menyifatkan tindakan melabel sesebuah filem sebagai ‘sampah’ sebagai terlalu keras memandangkan setiap karya dihasilkan dengan usaha dan pengorbanan ramai tenaga produksi di belakang tabir.

Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, berkata, dia memahami bahawa tidak semua filem mampu memenuhi citarasa setiap penonton, namun kritikan seharusnya disampaikan dengan lebih berhemah.

“Tidak semua filem akan memberi kesan yang sama kepada setiap orang dan itu sebenarnya keindahan seni. Tetapi apabila sesebuah filem dilabel sebagai sampah, ia terasa agak keterlaluan.

“Sedangkan ramai juga yang menjerit, ketawa dan menikmati pengalaman menonton bersama kami. Mungkin apa yang lebih menarik untuk dibincangkan adalah apa yang tidak menjadi untuk awak,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Mimi, dia tetap menghargai penonton yang meluangkan masa untuk menonton filem tersebut walaupun mempunyai pandangan berbeza.

“Setiap filem dihasilkan dengan sepenuh hati, semangat dan melibatkan usaha ramai orang di belakang tabir. Terima kasih kerana meluangkan masa menonton filem kami. Saya sangat hargai.” ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads melabelkan filem Polong arahan Zulkarnain Azhar sebagai filem sampah pada tahun 2026.

Susulan itu, Mimi Lana mempertahankan karya tersebut dengan menjelaskan setiap filem mempunyai penerimaan berbeza dalam kalangan penonton dan tidak wajar dihukum secara melulu hanya kerana tidak menepati citarasa segelintir pihak.

Untuk rekod, Filem seram Malaysia Polong (2026) dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Mimi Lana, Namron, June Lojong, Fad Anuar, dan Nadiya Nisaa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN