Saya sombong? Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf - Utusan Malaysia

Saya sombong? Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagi isu artis sombong, pelakon, Ezzanie Jasny terkejut apabila namanya dipetik tergolong dalam segelintir selebriti bersifat demikian.

Menurut Ezzanie, sepanjang pembabitannya dalam industri lakonan tanah air, dia sering melayan kerenah peminatnya dengan baik.

“Saya sombong? Selama saya dalam industri ini, saya tidak pernah kata ‘tidak’ bila orang ajak bergambar atau borak dengan saya,” katanya di Threads.

Tidak menafikan ada hari dirinya melalui fasa sukar, pelakon drama Layang Layang Perkahwinan itu menjelaskan adakalanya dia kurang berinteraksi bukan kerana sombong, sebaliknya keletihan.

“Saya juga manusia biasa macam kalian. Ada hari kami lalui seperti ‘rollercoaster’. Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tak banyak bercakap, mungkin saya penat atau tengah fokus. Bukan sombong,” jelasnya.

Dalam masa sama, Ezzanie turut memohon maaf secara terbuka sekiranya ada pihak yang salah faham dengan tindakannya.

“Saya sentiasa hargai setiap orang yang datang dan sokong saya. Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf ya,” katanya lagi.

Ezzanie berkata demikian selepas seorang individu di Threads memetik namanya serta beberapa nama selebriti lain yang didakwa sombong sebelum hantaran itu dipadam semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN