Bekas penyampai radio, Mariamah Tijo meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas penyampai radio, Mariamah Tijo meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo, meninggal dunia awal pagi ini.

Perkara itu disahkan anak lelakinya, Hatta Othman menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Menurut Hatta, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 pagi.

“Ibunda saya, Hajah Mariamah binti Tijo telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin,” katanya.

Allahyarham Mariamah memulakan kerjaya dalam dunia penyiaran radio pada tahun 1972 dan dikenali sebagai antara suara emas RTM yang cukup dekat di hati pendengar.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah mengendalikan pelbagai segmen popular termasuk Sebutlah Dengan Betul, Nada Gurindam serta beberapa rancangan lain yang meninggalkan kesan mendalam kepada peminat radio tempatan.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat dunia penyiaran tanah air, khususnya dalam kalangan warga veteran RTM serta pendengar setia yang membesar dengan suaranya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN