Ayah cuba mempengaruhi kami supaya membenci ibu sendiri - Anak Betty Banafe - Utusan Malaysia

Ayah cuba mempengaruhi kami supaya membenci ibu sendiri – Anak Betty Banafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Di sebalik kemelut rumah tangga yang berpanjangan, anak sulung kepada pelakon Betty Banafe akhirnya tampil bersuara bagi mendedahkan sisi sebenar yang didakwanya sekian lama dipendam.

Julia Claire Dargus, 13, mendakwa dirinya bersama adik lelaki menjadi mangsa penderaan emosi oleh bapa kandung mereka menerusi rutin yang disifatkan sebagai ‘brainwash’ sejak kecil.

Menurut Julia, dia tidak lagi mampu berdiam diri, apatah lagi selepas penularan video yang menurutnya telah menimbulkan tanggapan kurang tepat terhadap ibunya.

“Sebenarnya saya, ayah dan adik lelaki ada satu ‘sesi’ di mana kami dipaksa naik ke pejabatnya dan mendengar perkara buruk tentang mak tanpa henti.

“Boleh dikatakan dia cuba mempengaruhi kami supaya membenci ibu sendiri,” katanya menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Tambahnya, pengalaman tersebut memberi kesan mendalam terhadap emosinya sehingga memerlukan dia menjalani sesi terapi untuk proses pemulihan.

“Saya telah pergi ke sesi terapi disebabkan perkara ini dan sekarang sedang cuba untuk pulih,” ujarnya.

Dalam pada itu, Julia turut merayu orang ramai agar menyebarkan video tersebut sebagai tanda sokongan kepada ibunya yang didakwa telah berjuang selama lapan tahun di mahkamah demi mendapatkan hak penjagaan anak-anak.

“Saya minta tolong semua kongsikan video ini supaya mak saya dapat keadilan selepas lapan tahun dia berjuang untuk saya dan adik di mahkamah.

“Apa yang saya ceritakan ini hanya sedikit jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku,” katanya lagi.

Menurut Julia, dia hanya mengharapkan keharmonian dalam keluarga serta keadilan buat dirinya, adik dan ibu.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan bekas suami Betty bersama ibu bapanya serta peguam hadir ke kediaman pelakon itu bagi membincangkan isu berkaitan anak-anak mereka.

Sebelum ini, Betty pernah berkongsi mengenai keletihan emosi yang dialaminya susulan kes mahkamah berpanjangan dengan bekas suaminya walaupun mereka telah lama berpisah.

Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum sah bercerai pada 10 Julai 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN