Sekolah agama terbakar: KPM salur RM100,000

Sekolah agama terbakar: KPM salur RM100,000

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja pembersihan dan pembaikan asas di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol yang terbakar petang semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek Fadhlina SidekFadhlina Sidekberkata, kerja-kerja tersebut melibatkan pendawaian elektrik serta penyambungan semula bekalan air bagi membolehkan operasi sekolah kembali seperti biasa dalam kadar segera.

Selain itu katanya, pasukan kaunselor daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan turut digerakkan bagi menyediakan sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan dengan insiden tersebut.

“Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah segera bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah berkenaan terpelihara.

“Pada waktu ini, premis sekolah telah dikosongkan bagi membolehkan penilaian keselamatan dilaksanakan. Guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang minggu ini. Ia bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah berkenaan terpelihara,” katanya.

Tiga buah blok bangunan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol, di sini terbakar kira-kira pukul 3.37 petang semalam melibatkan blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki.

Bagaimanapun, tiada tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN