Kami tidak mahu runtuhkan rumah tangga orang lain - Sharifah Zarina

Kami tidak mahu runtuhkan rumah tangga orang lain – Sharifah Zarina

KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2026 - Sesi fotografi bersama selebriti, Sharifah Zarina bersama anaknya, Athalya ketika sesi rakaman Pesta Raya TVS Celebrity di Connexion The Vertical, Bangsar di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - FAIZAL ( UTUSAN ) / EMIRA ( KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDEDAHAN penyanyi, Sharifah Zarina, 44, mengenai gangguan seorang lelaki berstatus suami orang yang dialami anaknya, Athalia Deena Buswani, 22, mengundang pelbagai reaksi warganet.

Apa yang mengejutkan adalah apabila muncul segelintir netizen yang menuduh Sharifah sengaja menjaja cerita untuk mencuri tumpuan masyarakat dan menaikkan nama.

Kesal dengan dakwaan tersebut penyanyi lagu Langit Ketujuh itu menegaskan pendedahan mengenai salah laku berkenaan bukan untuk meraih populariti, sebaliknya memberi kesedaran kepada individu tersebut tanpa melukakan isteri dan anak -anaknya.

“Sungguh menyakitkan apabila ada yang mendakwa saya membuat pendedahan di media sosial untuk menaikkan nama saya dan anak saya.

“Ketahuilah, saya ini bukan individu seperti itu. cukuplah saya dan Athalia dikenali kerana perangai kami yang gila-gila di TikTok.

“Kami tidak terdesak untuk menjadi terkenal dengan cerita sebegini, belum sampai ke tahap itu lagi,” katanya.

Zarina berkata demikian ketika ditemui wartawan sempena Pesta Raya TVS baru-baru ini.

Zarina sebelum ini mendedahkan salah laku seorang suami kepada selebriti yang mengganggu anaknya di media sosial.

Menurutnya lelaki itu bukan sahaja menghantar mesej-mesej meragukan di media sosial, tetapi juga dengan beraninya mengajak Athalia keluar bersamanya.

Kata Sharifah lagi dia simpati dengan isteri dan anak lelaki berkenaan yang pada pandangannya tidak mengetahui apa yang dilakukan lelaki itu di belakang pengetahuan keluarga.

Justeru, Sharifah mengambil keputusan untuk berkongsi mengenai tindakan lelaki itu tanpa mendedahkan identitinya.

“Bukan tujuan saya untuk mengaibkannya, sebaliknya saya cuma mahu dia sedar yang tindakannya itu salah. Mungkin ada yang hairan kenapa saya bercerita mengenai perkara ini di media sosial sedangkan saya boleh terus menghubungi dia untuk memaklumkan perkara ini kepadanya.

“Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diketahui oleh isteri dan anaknya kerana kami enggan hubungan mereka berantakan. Kami tidak mahu meruntuhkan rumah tangga orang lain.

“Saya tak mahu isterinya terluka jika mengetahui perkara sebenar kerana saya juga seorang wanita yang tahu betapa sakitnya apabila dikhianati keluarga sendiri.

“Jadi langkah paling berkesan adalah berkongsi perkara ini di media sosial tanpa mendedahkan siapa dia. Saya pasti dia membaca perkongsian itu kerana sekarang ini dia tidak lagi mengganggu Athalia,” ceritanya.

ENGGAN DITUDUH PENYONDOL

Mengulas mengenai perkara yang sama, Athalia meluahkan rasa lega kerana lebih awal berkongsi situasi tersebut dengan ibunya.

“Saya terus memaklumkan kepada ibu selepas meragui tindak tanduk lelaki itu yang menghantar mesej yang tidak menyenangkan dan meragukan.

“Saya dan ibu sangat akrab kerana itu saya berkongsi banyak perkara dengan dia. Jadi kami berbincang, mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

“Saya tak mahu dipersalahkan gelak, disangka mahu menyondol suami orang kerana membenarkan tindak tanduknya,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN