Pegang arak untuk cipta kontroversi, saya tak bodoh - Uyaina Arshad

Disuruh pergi kelab malam, pegang arak untuk cipta kontroversi, saya tak bodoh – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah melalui nasib yang setimpal dengan rakan seperjuangannya, Adriana Adnan, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan dia pernah diminta pergi ke kelab malam dan memegang arak demi mencipta kontroversi.

Kata Uyaina, dia bersyukur kerana berkeras mempertahankan prinsipnya sebagai seorang muslimah dan tidak melakukan saranan tersebut demi meraih populariti.

“Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tetapi saya punya lebih teruk.

“Dia suruh saya pergi kelab malam, pegang arak dan ambil gambar. Kemudian sebarkan gambar tu. Semata-mata untuk cipta kontroversi. Nasib baik saya tidak bodoh,” katanya di ruangan komen perkongsian Adriana di Threads.

Yakin dengan ketentuan Sang Pencipta, Uyaina sempat memberikan kata-kata semangan buat Adriana agar tidak berputus asa untuk menempa nama dalam industri seni hiburan tanah air.

“Tidak mengapa Adriana. Semua orang ada ruang, perkembangandan rentak sendiri. Kita hanya lakukan yang terbaik. Selebihnya rezeki Tuhan.Dan awak berada di landasan yang benas sekarang! Terus maju ke hadapan, saya sentiasa menyokong awak,” katanya’.

Sebelum ini, Adriana meluahkan rasa kecewa terhadap realiti industri seni yang menidakkan kemampuannya walaupun sudah memberikan komitmen penuh.

Namun, pelakon drama Impiana: Karma itu menegaskan bahawa dirinya tidak akan sesekali mencipta kontroversi mahupun menggadai harga diri semata-mata untuk kekal relevan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN