Sherry Alhadad tidak berkecil hati, anggap Nabil Ahmad cuma bergurau - Utusan Malaysia

Sherry Alhadad tidak berkecil hati, anggap Nabil Ahmad cuma bergurau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Sherry Al Hadad menegaskan, dia sama sekali tidak berkecil hati dengan gurauan rakan pengacaranya, Nabil Ahmad, yang ‘mengejek’ dirinya masih belum berkahwin ketika kedua-duanya mengendalikan program Gegar Vaganza (GV) dua minggu lalu.

Menurut Sherry, ekspresi wajahnya yang kelihatan seperti ‘terkesan’ pada ketika itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada gaya persembahan mereka di pentas secara langsung.

“Okey, dia macam ini. Sebenarnya kadang-kadang reaksi muka itu sebab bila kita pengacara bersama, itu adalah reaksi bergurau. Itu semua adalah lakonan dalam pengacaraan,” jelasnya di sebuah temu bual Instagram baru-baru ini.

Sherry berkata, latar belakangnya sebagai graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan anak teater membuatkan ekspresi wajahnya kelihatan lebih besar dan dramatik ketika berada di atas pentas.

“Saya budak Aswara, sebab saya budak teater. Jadi reaction muka saya kadang-kadang besar, berlebihan.

“Sebab kita berada atas pentas, kita kena bagi energi yang sangat besar,” katanya.

Selain itu, Sherry menegaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah sebahagian daripada pengisian rancangan dan tidak wajar disalah tafsir oleh penonton.

“Itulah yang jadi macam itu. Jadi saya tak berkecil hati,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pengacra dan penyampai radio, Nabil Ahmad menerima kritikan daripada warganet ketika mengendalikan program nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) baru-baru ini.

Menerusi potongan klip yang dimuat naik semula, Nabil dilihat berseloroh dengan mengatakan bahawa gandingannya iaitu hos, Sherry Alhadad tiada rumah rumah tangga.

Susulan itu, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang dengan cara Nabil berjenaka yang dianggap melampaui batas dan tidak sensitif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN