Isu rumah tangga jadi gurauan, Nubhan tidak berkecil hati

Isu rumah tangga jadi gurauan, Nubhan tidak berkecil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, mengakui tidak berkecil hati dengan gurauan dua pengacara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad yang menyentuh mengenai isu rumah tangganya.

Menurut Nubhan, 39, dia enggan memikirkan perkara tersebut sebaliknya mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap mutu persembahannya sepanjang menyertai program itu.

“Lawak itu bukan datang daripada saya. Sama ada ia diterima atau tidak, saya serahkan kepada penonton untuk menilai.

“Bagi saya, fokus ketika ini hanyalah untuk menyanyi dan mengawal rasa gementar di atas pentas,” katanya.

Nubhan ketika ditemui sejurus tamat konsert minggu pertama GV12 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Jelas bekas peserta Akademi Fantasia itu, dia tidak mengetahui apa yang berlaku di hadapan pentas sewaktu berada di belakang tabir kerana terlalu menumpukan persiapan sebelum membuat persembahan.

“Ketika di belakang pentas, fikiran saya kosong dan agak gementar.

“Jadi saya tidak ambil tahu apa yang berlaku di hadapan. Saya cuma mahu menyampaikan lagu dengan baik,” ujarnya.

Terdahulu, Nabil dan Sherry membuat gurauan kononnya Nubhan bakal bergelar duda serta sedang mencari pengganti, sekali gus mencetus perhatian penonton di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN