Hidup kita ini memang tidak lari daripada orang berhasad dengki - Siti Saerah - Utusan Malaysia

Hidup kita ini memang tidak lari daripada orang berhasad dengki – Siti Saerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Penyanyi, Siti Saerah, 42, tampil memperjelas maksud di sebalik hantaran berbaur peringatan yang dimuat naik di Instagram (IG) baru-baru ini, dipercayai ditujukan kepada individu tertentu namun tidak dinamakan.

Adik kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun menegaskan, hantaran tersebut hanyalah luahan hati yang sudah lama dipendam dan enggan memperincikannya.

“Apa yang saya tulis itu cuma rasa yang terpendam. Bila sudah diluah, biarkan sahaja. Tak perlu saya ungkit atau jelaskan lagi.

“Kita hidup ini memang tak lari daripada orang berhasad dengki.

“Apa yang penting, saya sudah ajar anak-anak supaya sentiasa positif terhadap orang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single sulung anak keduanya, Amad Dayyan, di sebuah restoran di sini semalam.

Saerah turut mengingatkan agar semua pihak tidak tunduk kepada bisikan hati yang bersifat negatif sehingga boleh membawa mudarat.

“Saya pun tidak pernah bersikap negatif pada orang. Jadi saya harap sesiapa yang rasa begitu, cepat-cepatlah beringat. Tak perlu ikut perasaan jahat.

“Perasaan begitu tidak membawa apa-apa manfaat. Lebih baik kita mendoakan yang baik untuk semua,” ujarnya.

Ibu kepada lima cahaya mata itu menambah, kejadian melibatkan Amad yang dikatakan terkena gangguan mistik baru-baru ini membuatkan dirinya lebih berhati-hati.

“Apa pun yang terjadi, keluarga tetap keutamaan saya. Saya akan lindungi mereka walau apapun keadaan.

“Saya ini jenis positif dengan semua orang, tak pernah sangka buruk. Tapi bila perkara begini berlaku, saya perlu lebih berwaspada,” katanya.

Terdahulu, Saerah mencetus perhatian apabila memuat naik satu peringatan dipercayai ditujukan kepada pihak yang melakukan niat tidak baik terhadap dirinya dan keluarga.

Menerusi entri di IG itu, Saerah menulis bahawa Allah masih menutup aib pihak berkenaan dan menyeru agar segala perbuatan buruk dihentikan.

“Hentikan niat dan perbuatan buruk itu, Allah tahu. Allah masih melindungi aib awak daripada diketahui orang lain,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN