Kerana pertahankan kawan, saya pula dilempang - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Kerana pertahankan kawan, saya pula dilempang – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selebriti popular dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika menuntut di sebuah sekolah tentera sebelum ini.

Selain itu, katanya, dia juga pernah melihat kes buli di depan mata, melibatkan pelajar lain.

“Kejadian buli itu berlaku ketika saya menuntut di sebuah sekolah tentera dan membuat persiapan untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bila saya cuba pertahankan kawan, saya pula yang kena lempang sampai terjatuh. Saya ada kongsikan (kejadian buli) dalam buku saya dan disahkan oleh kawan-kawan di sekolah ketika itu.

“Saya dulu sekolah tentera tapi saya bukan orang yang berdiam diri sebab itu bila kejadian buli berlaku depan mata sendiri waktu nak SPM, saya ambil tindakan dan bukan berdiam diri sampai saya pulak yang kena lempang.

“Mungkin orang tengok saya bersukan sekarang tapi dulu (zaman sekolah) badan saya kecil dan saya ‘nerd’ (ulat buku),” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq ditemui pada sidang media pengumumuan pencapaian Thong Bowl dalam ASEAN Book of Records sebagai pengiktirafan pencapaian luar biasa dalam industri makanan halal di pusat beli-belah IOI City Mall di sini, kelmarin.

Hadir sama, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Kongsi Syed Saddiq lagi, dia berkongsi kejadian buli di sekolah dulu bukan atas niat menyimpan dendam pada pelaku terbabit.

“Saya ingat kisah silam dulu tapi bukan untuk simpan dendam tapi untuk memastikan bahawa tidak ada lagi anak- anak kecil kita yang perlu melalui kes buli di sekolah.

“Saya juga nak pastikan sekolah itu adalah institusi yang selamat.

“Bayangkan, ibu bapa sekarang kalau culas dan cuai dalam tanggung-jawab untuk menjaga anak sampai anak cedera boleh diambil tindakan jenayah,” katanya.

Sementara itu, Syed Saddiq berpendapat, setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan cikgu akan menjadi ibu bapa yang kedua itu tidak wajar.

Ini kerana, katanya, ibu bapa juga harus menghormati institusi sekolah itu sendiri.

“Saya juga mahu melihat sekolah jadi tempat yang selamat supaya anak-anak kita dapat pendidikam yang terbaik dan dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan jadi orang yang berjaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN