RM33 juta diperuntuk perkukuh agenda keterjaminan makanan negara

RM33 juta diperuntuk perkukuh agenda keterjaminan makanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM33 juta bagi melaksanakan Projek Pemerkasaan Zon Pengeluaran Tanaman Makanan di seluruh negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, peruntukan itu diluluskan sebagai usaha memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara melalui pelaksanaan projek pertanian berimpak tinggi.

Katanya, kementerian kini menumpukan kepada projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi rakyat dan negara selaras hala tuju Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

“Dalam memastikan agenda Keterjaminan Makanan Negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKT) telah memfokuskan kepada projek yang mempunyai nilai tambah yang besar kepada ekonomi rakyat dan negara.

“Antara inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah projek naik taraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sedia ada yang melibatkan seluruh negara kecuali Perlis, manakala pembangunan TKPM baharu dilaksanakan di Johor, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Perlis.

“Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak RM24.98 juta diperuntukkan untuk projek naik taraf TKPM sedia ada, manakala RM18.47 juta lagi diperuntukkan bagi pembangunan TKPM baharu bagi meningkatkan pengeluaran agromakanan negara,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung status projek pertanian berimpak tinggi yang telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara.

Foong Hin berkata, penjelasan menyeluruh mengenai pelaksanaan projek pertanian berimpak tinggi penting bagi memastikan langkah kerajaan benar-benar berkesan dalam menjamin keterjaminan bekalan makanan negara.

Katanya, maklumat berhubung skop dan lokasi projek perlu diperincikan supaya pelaksanaan inisiatif berkenaan dapat dinilai dari segi manfaatnya kepada rakyat dan sektor pertanian secara keseluruhan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN