KUALA LUMPUR : Kumpulan nasyid muda, Aeydan melakar sejarah besar apabila secara rasminya diumumkan sebagai Ikon Kursus Mutawwif bagi Mahabbah Mutawwif Masterclass (MMM).
Mewakili kumpulan Aeydan, Ilham berkata, dia bersama anggota lain iaitu Farhan, Haikal dan Fardeen meluahkan rasa syukur atas pelantikan tersebut.
Pada masa yang sama, katanya, dalam masa yang memaklumkan mereka terima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka.
Kesemua mereka yang merupakan anak-anak kepada ahli kumpulan Rabbani berkata, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
“Kami terima dengan hati yang sebak dan penuh syukur. Kami berlima benar-benar sebak dan terkedu apabila mendapat pelawaan ini.
“Tak sangka kami diberi peluang dan kepercayaan besar sebegini, mengikuti jejak langkah kumpulan Rabbani yang kami kagumi.
“Apabila ada yang beri kepercayaan, kami akan berusaha bersungguh-sungguh dan niat kami hanya satu iaitu mahu memberi manfaat kepada orang lain,”katanya.
Sementara itu, pemilik Syarikat Pelancongan The Mahabbah iaitu Qamarulnasri Damni, pemilihan Aeydan dibuat adalah untuk menarik lagi minat anak muda dalam dunia mutawwif.
Jelasnya lagi, pemilihan kumpulan Aeydan sebagai ikon telah mendapat sambutan hangat dengan 40 orang menginginkan mereka sebagai mutawwif.
“Banyak kelebihan pemilihan Aeydan sebagai kon Mutawwif. Antaranya ialah kami ingin menarik lebih ramai golongan muda untuk menjadi mutawwif.
“Kami tertarik dengan Aeydan sebab mereka muda dan kumpulan lelaki. Malah muka mereka memang ada muka-muka seorang mutawwif.
“Selain bercerita tentang sirah, Aeydan juga boleh menyanyi, berqasidah, selawat dan zikir sepanjang perjalanan bersama meeka yang mengerjakan ibadah umrah.
“Walaupun kami baru mengumumkan mahu mengambil kumpulan Aeydan sebagai ikon mutawwif, kami telah menerima tempahan seramai 40 orang yang inginkan mereka sebagai mutawwif mereka,”katanya.
Sehubungan dengan itu, MMM berharap agar pemilihan kumpulan Aeydan ini berupaya untuk menyuntik inspirasi kepada anak muda sekaligus melahirkan mutawwif yang benar-benar memahami keperluan jemaah masa kini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Sekadar info, kumpulan Aeydan bakal memulakan misi sulung mereka sebagai mutawwif pada 6 hingga 16 November ini.