Sembilan tahun bersama, Orlando Bloom reda hubungannya dengan Katy Perry berakhir - Utusan Malaysia

Sembilan tahun bersama, Orlando Bloom reda hubungannya dengan Katy Perry berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENICE : Hasrat peminat untuk melihat Orlando Bloom dan Katy Perry berkahwin mungkin tidak akan kesampaian apabila pelakon terkenal Hollywood itu dikatakan nekad untuk enggan lagi menjalin cinta dengan penyanyi itu meskipun telah sembilan tahun bersama.

Menurut laporan antarabangsa, Orlando, 48, kini dilihat sudah ‘move on’ selepas menghadiri majlis perkahwinan bilionair Jeff Bezos dan Lauren Sanchez baru-baru ini, di mana dia membuat penampilan pertamanya sebagai ‘jejaka solo’.

Orlando turut dilihat beramah mesra bersama selebriti popular seperti Kim Kardashian di majlis mewah itu.

Lebih mencuri tumpuan, aktor berkenaan turut dilihat berdua-duaan di Venice bersama pelakon jelita Sydney Sweeney, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungannya dengan Katy telah berakhir sepenuhnya.

Menurut sumber, hubungan mereka sememangnya sudah beberapa kali dilanda krisis sebelum ini, namun kedua-duanya sentiasa memilih untuk berdamai.

“Selepas Anugerah Video Vanguard yang diterima Katy pada September lalu, mereka semakin menjauh apabila Katy mula sibuk menyiapkan muzik baharu, merancang konsert jelajah serta persiapan untuk penerbangan angkasa.

“Kemudian, hubungan mereka semakin renggang sedikit demi sedikit. Orlando tidak akan cuba untuk memenangi hati Katy semula.

“Nampaknya dia reda, dan hubungan mereka benar-benar sudah berakhir,”kata sumber.

Selain itu, Orlando juga dilihat menikmati percutian bersama rakan-rakan rapatnya seperti Leonardo DiCaprio, Tom Brady, Scooter Braun dan Edward Enninful di Venice.

Mereka dilaporkan bersantai sambil menikmati koktel di kolam renang Hotel Cipriani sebelum menghadiri majlis perkahwinan Jeff Bezos.

Walaupun menggunakan fasiliti mewah di hotel berkenaan, mereka dikatakan sebenarnya menginap di Gritti Palace, sebuah hotel lima bintang lain bersama tetamu-tetamu perkahwinan yang lain.

Pasangan selebriti itu dikatakan telah mengakhiri pertunangan mereka secara rasmi apabila Orlando berangkat ke Itali bersendirian, manakala Katy kekal berada di Australia bagi meneruskan konsert jelajahnya.

Sejak kebelakangan ini, Katy turut dilihat beberapa kali muncul di khalayak tanpa cincin pertunangannya, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hubungan mereka telah benar-benar berakhir.

Untuk info, Katy dan Orlando memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Daisy Dove yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN