KUALA LUMPUR : Isteri pelakon veteran, Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjal,48, telah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi tadi akibat kanser payudara tahap empat.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.
Menerusi laporan media, Sakinah berdepan masalah kesihatan dan mengalami kesukaran bernafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
Memuatkan artikel berkaitan…
Doktor kemudian mengesahkan Sakinah menghidap kanser payudara tahap empat dan terpaksa ditidurkan serta diberi bantuan alat pernafasan.
Jenazah Sakinah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Setia, Jeram, Selangor.











