Bella harap prosiding berjalan lancar, Aliff Aziz dikawal ketat - Utusan Malaysia

Bella harap prosiding berjalan lancar, Aliff Aziz dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah berharap sebutan kedua kes penceraiannya akan berjalan lancar hari ini.

Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, ditemani ibu, Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.

“Semoga berjalan lancar dan semoga dipermudahkan serta tiada apa-apa masalah. Doakan Bella,” katanya.

Peguam syarie mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais berkata dia difahamkan oleh peguam Aliff, Hadi Salleh, anak guamnya akan hadir pada sebutan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh peguam Aliff dia akan hadir. Jadi hari ini dijadualkan Aliff akan hadir dan menyatakan pendirian dia setuju atau tidak.

“Kalau tidak, mereka perlu melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Yang isu semalam kami jawab selepas kes nanti,” katanya.

Aliff yang tiba dengan dengan ibu, ayah dan tiga pegawai keselamatan bagaimanapun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Sebelum ini, Bella memfailkan perceraian kepada Aliff Aziz pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada sebutan pertama, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.

Terdahulu, Aliff dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya