Apa pun alasan, salah tetap salah - Caprice - Utusan Malaysia

Apa pun alasan, salah tetap salah – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan penyanyi rap, Caprice, berpendapat, mana-mana pasangan yang berlaku curang tetap bersalah sekiranya telah melanggar syariat agama.

Perkara itu diluahkan oleh Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli menerusi satu video ringkas di Instagram bagi mengulas mengenai isu penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

“Secara umum, kepada kaum lelaki dan perempuan dekat luar sana. Tak kisahlah berapa kali awak curang, tapi kalau awak masih ada status suami atau isteri orang, benda tu tetap salah.

“Tak kisah lah apa hal punya alasan, salah tetap salah. Kepada sesiapa nak sebelahkan perempuan ke lelaki itu, awak semua tak faham apa hukum dalam Islam kalau curang dalam status berkahwin,”katanya.

Menjengah ke ruangan komen, Caprice berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak selain enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu tular itu.

Terdahulu, media tempatan melaporkan pelakon Bella Astillah didakwa berlaku curang dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pelakon baharu, Muaz Zabir sehingga ia menjadi bahan perbualan ramai di media sosial.

Pada sebelah petang di sebuah sesi sidang media, Bella yang mengakui bahawa perkara itu sengaja ‘dibuat-buat’ dengan mempergunakan Muaz demi meraih perhatian suaminya, Aliff Aziz.

Selain itu, Bella turut membuat beberapa pendedahan mengejutkan mengenai Aliff termasuk menyentuh mengenai isu khalwat lelaki tersebut bersama pelakon Ruhainies.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya