Adira tunaikan umrah, minta berkat dari suami - Utusan Malaysia

Adira tunaikan umrah, minta berkat dari suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perkongsian video di akaun TikTok milik Datuk Red yang menghantar isteri keduanya, Adira Suhaimi ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur telah mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

Menerusi hantaran video itu, penyanyi, Siti Adira Suhaimi dilihat bersalaman dengan suaminya itu di dalam kereta sebelum berangkat menunaikan umrah.

Semasa bersalaman, Adira juga dikatakan turut meminta doa dan berkat dari Datuk Red agar segala urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

Menerusi hantaran itu, warga maya turut berharap pasangan itu tidak meneruskan proses penceraian dan mendoakan hubungan mereka kekal setelah menyaksikan hubungan pasangan suami isteri itu kelihatan kembali pulih.

“Adira sangat sepadan dengan Datuk, harap dapat kembali bersama kerana kami sangat menyayangi kamu berdua,” tulis netizen.

“Semoga kekal jodoh Datuk Red dan Adira sampai syurga,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

“Saya doakan Adira mendapat petunjuk dari Allah yang membawa kebahagian untuk keluarga,” tambah netizen lain.

Sebelum ini, Adira memfailkan penceraian terhadap suaminya atas sebab tiada persefahaman.

Datuk Red dan Adira mendirikan rumahtangga pada tahun 2015 di Songkhla, Thailand dan menimang empat orang cahaya matai aitu aitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya