Saya pun manusia biasa, perlukan rehat - Amir Ahnaf - Utusan Malaysia

Saya pun manusia biasa, perlukan rehat – Amir Ahnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Amir Ahnaf, mengakui dia sengaja mengambil cuti rehat sepanjang bulan Ramadan ini setelah empat bulan berhempas pulas di set penggambaran drama dan filem.

Amir atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkata, ini masa paling sesuai untuknya merehatkan diri dan hanya terikat dengan komitmen sebagai duta baju Melayu.

“Bulan Ramadan ini saya cuti sepenuhnya. Saya hanya fokus sebagai duta Elrah. Sebelum ini saya kerja kuat memenuhi tawaran yang disua pelbagai pihak.

“Saya layak dapat cuti sebulan sebab saya juga manusia biasa yang perlukan rehat.

“Lebih-lebih lagi selepas empat bulan bekerja tanpa henti, jadi saya layak untuk berehat sepanjang Ramadan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, ditanya mengenai aktivitinya sepanjang bulan mulia ini, pelakon Projek High Council itu berkata dia hanya fokus melakukan ibadah selain memanfaatkan masa dengan membaca.

“Sebenarnya, sudah lama saya tak dapat peluang nak baca buku. Dulu, saya suka ini suka membaca. Jadi apabila ada masa terluang masa bulan Ramadan ini, saya nak baca buku.

“Macam-macam saya baca seperti cerita jenayah, fantasi sebab nak tambah pengalaman dan visual sebagai seorang pelakon.

“Semua itu menjadi nilai tambah kepada saya untuk lebih mahir dalam melontarkan dialog dan penjiwaan,”katanya.

Paling utama kata Amir, Ramadan adalah masa yang sesuai untuk muhasabah diri  dan  meluangkan masa bersama keluarga tercinta sebelum kembali aktif bekerja selepas lebaran nanti

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya