Penantian terjawab, Oppenheimer menang besar di Oscar 2024 - Utusan Malaysia

Penantian terjawab, Oppenheimer menang besar di Oscar 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Filem blockbuster, Oppenheimer, mendominasi kemenangan di Anugerah Akademi Oscar 2024 dengan meraih tujuh anugerah.

Filem yang mengangkat kehidupan saintis J. Robert Oppenheimer itu menepati ramalan pengkritik filem dan media antarabangsa apabila diumumkan sebagai juara kategori utama, Filem Terbaik pada tahun ini.

“Semua orang yang pernah menghasilkan filem akan mempunyai impian untuk menang sebegini. Sama juga seperti saya. Saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk menggenggam piala ini.

“Sekarang saya di sini. Sangat tidak menjangkakan kemenangan ini,” kata penerbitnya, Emma Thomas ketika menerima trofi kemenangan.

Semestinya yang mencuri tumpuan semasa anugerah itu ialah Christoper Nolan yang turut diumumkan sebagai Pengarah Terbaik selepas dicalonkan lapan kali di anugerah tersebut.

Kemenangan Nolan mengenepikan pengarah hebat yang lain seperti Justine Triet, Martin Scorsese, Yorgos Lantimos dan Jonathan Glazer.

Oppenheimer turut membawa pulang kategori yang lain seperti Skor Muzik Terbaik, Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik dan Pelakon Terbaik yang dimenangi Cillian Murphy.

Filem arahan Nolan itu menang besar diikuti Poor Things yang meraih empat trofi untuk Oscar pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya