Anak rindu Hafidz, Neelofa tak cukup masa, Datuk Red aktif TikTok - Utusan Malaysia

Anak rindu Hafidz, Neelofa tak cukup masa, Datuk Red aktif TikTok

SHAH ALAM, 09 MEI 2023 - Pelakon, Muhammad Hafidz Roshdi hadir bagi sebutan semula kes cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU membabitkan pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada masih lagi berlanjutan apabila masing-masing perlu hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan isu hadanah yang difailkan tahun lalu. Minggu ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersetuju meletakkan nama ibu kepada Syuhada sebagai salah seorang penjaga.

Dalam kegembiraan kecil itu, Syuhada nampaknya terkilan apabila Hafidz enggan bekerjasama dan tidak hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak. Dedahnya, anak mereka iaitu Umar dan Humairah sangat terkesan dengan keretakan rumah tangga mereka berdua.

Apabila sudah lama tidak bertemu bapa, anaknya Humairah sudah tidak kisah kehadiran Hafidz. Namun berbeza pula dengan anak keduanya, Umar yang teringin merasa kasih sayang seorang ayah.

Selain pernah meminta izin sepupu berkongsi bapa, Umar pernah meminta Syuhada untuk membelikan patung mainan yang boleh menggantikan bapanya. Menurutnya lagi, sejak bercerai, Hafidz jarang menghubungi anak apalagi bertanya khabar.

Tindakan Hafidz tersebut mengundang kecaman warganet yang melabelnya tidak bertanggungjawab selain sengaja melengahkan kes yang sedang berlangsung di mahkamah.

Neelofa tak cukup masa

Turut mendapat perhatian minggu ini ialah selebriti dan usahawan, Neelofa yang dikecam teruk kerana dikatakan tidak sensitif ketika memberi respons seorang pemanggil di sebuah program radio pagi.

Ketika kejadian itu berlaku, seorang wanita menghubungi radio dan meluahkan perasaannya yang sukar memaafkan ibu kerana meninggalkannya sejak kecil. Neelofa kemudian memberi saranan agar memaafkan ibu kerana itulah yang dituntut agama.

Klip jawapan Neelofa itu kemudian menjadi tular dan dihentam warganet kerana usahawan itu dianggap tidak berkelayakan memberikan apa-apa pandangan memandangkan Neelofa bukanlah seorang kaunselor bertauliah.

Maklum akan kecaman yang diberikan, Neelofa bagaimanapun bersikap profesional dan mengakui kekurangan diri semasa mengendalikan segmen tersebut.

Kesuntukan masa membuatkan Neelofa tidak boleh berhujah panjang dan hanya mengupas isu tersebut dari sudut pandang agama.

Bukan itu sahaja, Neelofa turut menerima tempias kontroversi apabila ada pihak yang membandingkan keluarganya yang sempurna dengan kehidupan pemanggil berkenaan.

Neelofa bagaimanapun berharap agar kehidupan peribadinya tidak dibandingkan dengan isu yang tular.

Aktif TikTok mengaku muflis

Selepas penyanyi Adira memfailkan cerai terhadap suaminya, Datuk Red tular beberapa bulan lalu. Kini, Datuk Red aktif di akaun TikTok mengakui dirinya sedang bergelut dengan masalah kewangan selepas diisytiharkan muflis sejak tahun 2019.

Dalam video itu, Datuk Red sedang mencari pekerjaan selain tidak mampu lagi menyara anak-anaknya.

Kongsinya, selama ini, dia bergantung harap kepada Adira namun enggan lagi melakukan hal itu dan mahu membuat persediaan Aidilfitri buat anak-anak.

Walaupun dalam proses untuk bercerai, penyanyi Ombak Rindu itu bagaimanapun menyokong usaha suaminya itu untuk mengubah kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya