Malaysia jadi pilihan IU untuk Konsert Jelajah H.E.R - Utusan Malaysia

Malaysia jadi pilihan IU untuk Konsert Jelajah H.E.R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Penyanyi terkenal Korea Selatan, IU, menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai lokasi pilihan konsert jelajahnya tahun ini.

Penyanyi lagu Celebrity itu bakal mengadakan konsert di Stadium Axiata Arena selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Jun tahun ini.

Berita itu diumumkan IU atau nama sebenarnya, Lee Ji eun menerusi sebuah poster Konsert Jelajah H.E.R di laman Instagramnya baru-baru ini.

Namun begitu, pihaknya belum mengeluarkan perincian mengenai harga tiket.

Beberapa hari lepas, IU membuat kejutan apabila mengumumkan penyanyi kumpulan BTS, V bakal berlakon dalam video muzik terbaharunya bertajuk ‘Love Wins’.

Dalam poster hitam putih yang dimuat naik agensinya, EDAM Entertainment, menunjukkan IU duduk bertentangan dengan V di sebuah meja.

Menurut agensi, penggambaran video dilakukan sekitar Disember 2023 sebelum V berlepas ke kem latihan ketenteraan.

“Penggambaran video muzik IU bersama V BTS telah selesai. IU sedang menghasilkan sebuah album yang bakal diterbitkan pada separuh tahun pertama tahun 2024.

“Sekarang jadual IU padat dengan penggambaran drama I Was Fooled. Nantikan,” kata agensi menerusi pengumuman di platform Naver.

Love Wins menjadi projek kedua antara IU dan V selepas masing-masing bekerjasama untuk program bual bicara IU, Palette sebelum ini.

Lagu tersebut bakal menemui pendengar pada 24 Januari ini. Ia akan menjadi single pertamanya selepas dua tahun hiatus.

Kali terakhir IU melancarkan album adalah pada tahun 2021 bertajuk Pieces.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN