Universal Music Group sifatkan tindakan Hamas 'barbarik' - Utusan Malaysia

Universal Music Group sifatkan tindakan Hamas ‘barbarik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Di saat ramai kalangan penduduk dunia melahirkan sokongan dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel, syarikat rakaman terkemuka dunia, Universal Music Group (UMG) tergamak mengeluarkan kenyataan tidak sewajarnya.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram, pihak UMG tanpa selindung menghentam perjuangan Hamas dengan menyifatkan tindakan mereka sebagai ‘barbarik’.

“Tiada kata tepat yang dapat digambarkan bagi mengecam tindakan barbarik yang dilakukan oleh pengganas Hamas di Israel.

“Tragisnya, kami lihat tindakan pengganas ini akan hanya menyebabkan peningkatan kebencian dan keganasan apalagi menerusi peningkatan jumlah mangsa iaitu rakyat Palestin dan Israel yang terkorban.

“Tidak cuma itu, ia juga akan menyumbang kepada peningkatan anti-semitism dan ketaksuban lain yang mungkin akan muncul,”kata kenyataan tersebut.

Selain itu, dalam kenyataan yang sama, UMG turut memaklumkan bahawa mereka mahu menyebarkan nilai kemanusiaan menerusi kekuatan muzik. 

“Kami ada orang-orang industri muzik. Menerusi muzik, kami membantu membawa dunia untuk berkongsi nilai kemanusiaan tanpa mengira sesiapa dan latar belakang. 

“Oleh itu, kita harus mempromosi dan menggalakkan toleransi, empati dan kefahaman yang mana kami percaya satu usaha yang wajar dimulakan dari dalam rumah dan di tempat kerja. 

“Sejajar dengan usaha kami dalam memastikan keselamatan kakitangan dan artis-artis, kami menyatakan sokongan kepada keamanan dan menggesa semua pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk bekerjasama merealisasikan sasaran ini,”katanya. 

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, UMG bertindak menutup ruangan komen di Instagram, dipercayai berikutan enggan dikecam ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN