Petunjuk baik selepas istikharah, Amylea Azizan kini isteri ahli bomba - Utusan Malaysia

Petunjuk baik selepas istikharah, Amylea Azizan kini isteri ahli bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI : Penyanyi, Amylea Azizan, 40, sah bergelar isteri kepada kepada seorang pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar bin Mohamad, 40, dengan sekali lafaz. 

Amylea selamat dinikahkan oleh wali hakim dalam sebuah majlis tertutup di kediaman penyanyi itu yang berlangsung di Kedah. 

Penyanyi Kendati itu menerima mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, telekung serta wang hantaran bernilai RM8,888 yang melambangkan cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

Bercerita lanjut mengenai pengenalan dengan jejaka yang disapa sebagai Ash itu, kata Amylea, masing-masing pada asalnya berkawan di laman sosial sebelum membuat keputusan membawa hubungan ke fasa yang lebih serius. 

“Perkenalan saya dengan Ash melalui media sosial sejak beberapa  bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, Ash terus melamar saya.

“Ternyata Allah itu maha berkuasa. Dalam fikiran, saya tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Tup-tup, saya kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah,” katanya. 

Menurut Amylea lagi, hatinya menjadi bulat dengan keputusan untuk berkahwin selepas  melakukan solat istikharah dan mengamalkan beberapa doa. 

“Saya mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. 

“Kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini mereka terpaksa melalui kehidupan jarak jauh kerana tugasannya sebagai pegawai Bomba di Singapura.

Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan itu, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran, didedikasikan khas buat suaminya.

“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). 

“Dan Pangeran pula sebagai tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.

“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa saya dan dia dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Amylea, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Januari 2024.

Manakala untuk kerjaya muzik, kongsi penyanyi ini, Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung bulan hadapan.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.