Liza Hanim kekal konsisten minggu ketujuh GV10 - Utusan Malaysia

Liza Hanim kekal konsisten minggu ketujuh GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Pada saya, awak peserta paling konsisten setakat ini,”

Itu pandangan juri tetap GV10, Datuk Shafinaz Selamat terhadap persembahan peserta program itu, Liza Hanim yang membawakan lagu dipopularkan Fauziah Latiff, Gubahan Rindu Puisi Syahdu.

Shafinaz menyifatkan Liza membuat pilihan tepat menyanyikan lagu itu sekaligus menyerlah pereembahannya pada minggu ketujuh program berkenaan.

“Awak selalu pilih lagu yang sesuai dengan suara awak. Awak buktikan malam ini, lagu ini lagu awak walaupun ianya lagu Fauziah Latiff.

“Tapi kena berhati-hati, sebab kita masih di minggu pertengahan. Boleh naik dan holeh turun. Jangan Complacent,” katanya.

Liza menjadi peserta keempat yang membuat persembahan minggu ini. Persembahan semua peserta dijurikan Shafinaz, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Hos GV10 kekal Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN