Janganlah bandingkan Aaisyah dengan budak lain - Che Ta - Utusan Malaysia

Janganlah bandingkan Aaisyah dengan budak lain – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Janganlah bandingkan anak anda dengan anak artis. Bukan nak kata artis hebat, jangan salah faham. Tetapi dia sudah didedahkan dengan dunia glamor sejak kecil.”

Demikian jawapan pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan, 50, apabila dikatakan terlalu mendedahkan anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 9, kepada dunia selebriti sehingga kelihatan lebih dewasa dari usia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rozita atau Che Ta berkata, Aaisyah sedari kecil sudah didedahkan dengan kehidupan selebriti yang menuntutnya untuk hadir ke majlis-majlis hiburan dan sesi penggambaran.

“Kadang-kadang saya pun tak faham, kenapa ada segelintir netizen yang bila memberi komen memang layak disagat dengan batu jalan. Bukan nak kata anak artis ini lebih tetapi dia dah biasa dengan limelight.

“Mak dia pula Che Ta yang semua orang tahu, bangun tidur sahaja dah bersiap melawa. Jadi dia terikut-ikutlah. Nak kata dia terlalu didedahkan dengan media sosial pun tidak juga, saya yang kawal semua.

“Anak artis sudah terdedah dengan perkara-perkara di luar kebiasaan. Tidak sama seperti anak-anak orang di luar sana. Dia sendiri suka dengan benda-benda lawa dan mahu kelihatan cantik,” katanya.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu ‘naik hantu’ apabila seorang individu meninggalkan komen di salah satu hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana keadaan Aaisyah selepas beberapa kali dibuli secara maya, Che Ta menjawab, anak perempuannya itu sebenarnya tidak bermain media sosial seperti Instagram.

“Kalau tengok balik, saya sendiri pun jarang memuat naik gambar Aaisyah di akaun Instagram tersebut. Dia pun tak kendalikan akaun itu, saya yang banyak muat naik gambar. Tetapi sangat jaranglah.

“Dia tak tahu pun ada komen-komen seperti itu. Saya yang baca semua komen itu. Tak perlu kawal sementara pun penggunaan media sosial untuk Aaisyah sebab memang bukan dia yang pegang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya