Isu bermadu, Puteri Sarah nasihat isteri fikir kebahagian diri - Utusan Malaysia

Isu bermadu, Puteri Sarah nasihat isteri fikir kebahagian diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, menasihatkan, mana-mana wanita yang tahu bahawa dirinya telah diduakan suami supaya membuat keputusan dengan mengutamakan kebahagiaan diri serta anak-anak.

Puteri Sarah berkongsi nasihat berkenaan menerusi sebuah hantaran di Instagram setelah ramai yang bertanya pendapat peribadinya mengenai isu rumah tangga membabitkan seorang pempengaruh yang berkahwin dua yang tular kebelakangan ini.

“Buatlah apa-apa yang boleh membuatkan kamu bahagia jika tidak memudaratkan. Saya gembira dengan keputusan dan kekal teguh dengan pendirian saya.

“Jangan dengar hasutan orang lain dan biarkan mereka yang buat keputusan untuk kamu. Fikirlah apa yang terbaik untuk kamu dan anak-anak.

“Allah ada dengan kamu,” tulisnya dalam ruangan kapsyen tersebut.

Selain itu, Sarah juga memaklumkan bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat dan membuka peluang jika ada yang ingin mengirim doa untuknya.

“Kebetulan lusa Sarah akan pergi umrah. Nak kirim doa?” tulisnya.

Pelakon Hijrah Jannah itu juga turut berkongsi doa yang diamalkannya menerusi hantaran berkenaan.

“Ya Allah, caramu mendewasakanku begitu hebat. Sihatkanlah aku, lapangkanlah hatiku, perkuat lagi bahuku.

“Perluaskan lagi rasa syukurku, jadikan lah aku seikhlas-ikhlasnya manusia,atas apa yang engkau kehendaki,” tulisnya.

Terdahulu, Sarah sah bercerai dengan Pengarah sensasi, Syamsul Yusof, pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kemelut rumah tangga pernah hangat diperkatakan apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand, awal tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya