Aliff Aziz terlebih emosi, nyanyian kedengaran 'sharp' - Utusan Malaysia

Aliff Aziz terlebih emosi, nyanyian kedengaran ‘sharp’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10), Aliff Aziz gagal menyerlah apabila persembahannya menyanyikan lagu Gerhana Cinta Luka pada minggu ketujuh disifatkan juri sebagai terlalu beremosi.

Juri tetap, Hetty Koes Endang ketika menjurikan persembahan Aliff berkata emosi berlebihan yang ditonjolkan penyanyi pada persembahan tersebut mempengaruhi lontaran suaranya yang kedengaran sharp.

“Banyak perubahan, tetapi memang menyanyi itu jangan takut buka mulut kerana kami para juri kena dengar apa yang kalian sampaikan.

“Tapi terlalu emosi. Boleh teriak (jerit) tapi kemerduan perlu diperhatikan.

“Apa pun saya salute kepada kamu kerana mencuba. Sharp mungkin ketena emosi. Emosi perlu ditahan,” kata Hetty.

Aliff menjadi peserta ketiga yang membuat persembahan pada malam ini. Konsert ketujuh GV10 kekal menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.

Juri tetap pula tetap dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty dan Datuk Shafinaz Selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN