Dakwaan dadah G-Dragon: YG Entertainment tidak boleh beri komen - Utusan Malaysia

Dakwaan dadah G-Dragon: YG Entertainment tidak boleh beri komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOREA SELATAN : Agensi bakat Korea Selatan, YG Entertainment (YG), memaklumkan tidak boleh memberi apa-apa komen berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah oleh artis, G-Dragon memandangkan selebriti itu bukan lagi di bawah naungan syarikat berkenaan.

Menurut YG dalam satu kenyataan yang tular, kontrak eksklusif mereka bersama G-dragon sudah tamat pada 6 Jun lalu, namun tidak menolak untuk bekerjasama dalam beberapa projek akan datang.

“Sukar untuk kami memberi apa-apa komen secara terbuka memandangkan artis itu bukan lagi di bawah kelolaan kami,”kata mereka.

G-Dragon yang juga ahli kumpulan Big Bang mula disebut sebagai salah seorang suspek yang bersekongkol dalam kes penyalahgunaan dadah membabitkan pelakon Parasit, Lee Sun-kyun.

Hasil siasatan polis Incheon mendapati, G-Dragon mungkin ada kaitan dengan kes penyalahgunaan dadah namun belum memberi apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Selain G-Dragon dan Sun-kyun, pihak polis sedang cuba mengenal pasti enam suspek lain termasuklah seorang pekerja seni hiburan, komposer dan penyanyi.

Minggu lalu, pihak polis di Incheon telah mengenal pasti beberapa suspek berhubung kes penyalahgunaan dadah di bar tempatan.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Sun-kyun mungkin bersekongkol dengan keluarga konglomerat yang juga seorang polis tapi dinafikan oleh pengurus aktor berkenaan.

Sejak berita penyalahgunaan dadah Sun-kyun tersebar, Pemenang Anugerah Oscar itu digugurkan daripada menyertai projek drama No Way Out yang sepatutnya berperanan sebagai seorang detektif.

Penggambaran drama itu sudah pun bermula minggu lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN