Ada sebab saya minta akses kamera CCTV sekolah Bilal- Neelofa - Utusan Malaysia

Ada sebab saya minta akses kamera CCTV sekolah Bilal- Neelofa

SAMPAI masa Neelofa akan mendedahkan wajah anaknya kepada umum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan selebriti popular, Noor Neelofa mengakui, trauma dengan banyak kes penderaan kanak-kanak sehingga menjadi penyebab mengapa dia mahu mengakses video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Menurut Neelofa, sama seperti ibu bapa lain, dia hanya mahu memastikan jaminan keselamatan anak terutama apabila berada di sekolah.

“Saya tahu perkara itu menjadi perdebatan banyak pihak, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Apa yang saya buat itu hanya perkongsian daripada seorang ibu yang sama macam ibu-ibu lain di luar sana.

“Saya mahu anak selamat. Bukan apa, mungkin sejak kebelakangan ini saya trauma melihat banyak video yang viral berkaitan anak. Kalau lalu di media sosial, saya tak boleh nak tengok, akan cepat-cepat alihkan.

“Saya akan baca kapsyen sahaja, tak sanggup nak tengok. Nauzubillah, minta jauh dari kita semua. Saya rasa ini patut jadi keutamaan pihak sekolah di mana mereka boleh tawarkan sebagai satu pakej.

“Tapi saya tidak mahu orang kata sebab banyak duit kemudian nak akses CCTV. Saya bukan kata CCTV wajib, tapi perlu ada, namun dengan terma dan syarat.

“Pandangan saya adalah secara peribadi. Jika ada akses CCTV dari rumah, ibu bapa tidak boleh sesuka hati untuk tunding jari,” katanya dalam satu video di Tik Tok.

Selain itu, kata Neelofa, tujuannyamenghantar Bilal ke sekolah kerana mahu putranya itu bersosial dengan kanak-kanak lain.

“Sebenarnya, saya pun ada panggil cikgu datang rumah mengajar.Kalau dulu tiga kali seminggu datang rumah, namun sekarang cikgu datang sekali sahaja ke rumah. Pada hari-hari lain, Bilal akan ke sekolah.

“Saya tetap hantar anak ke sekolah, dia perlu bersosial. Saya pilih sekolah itu pun sebab dekat dengan rumah. Bilal masih kecil, jadi saya tak mahu dia berjauhan hanya untuk pergi ke sekolah,” katanya.

Terdahulu, Neelofa seakan meluahkan rasa kecewa berikutan pihak pengurusan sekolah anaknya tidak membenarkan ibu bapa mengakses video daripada kamera CCTV di sekolah.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2 serta Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN