Awesome TV saji program terbaik sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Awesome TV saji program terbaik sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengangkat tema Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya, stesen televisyen swasta percuma (free to air), Awesome TV kembali menyajikan program menarik sepanjang bulan ini dalam usaha meraikan Ramadan, bulan mulia penuh bermakna.

Menurut Pengarah Unit Kandungan stesen itu, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, Awesome TV tidak ketinggalan menjadi platform tayangan program-program menarik sepanjang Ramadan untuk seisi keluarga dan kali ini menerusi 50 bahan kandungan istimewa yang telah disediakan.

“Selain mempersembahkan program-program berunsur hiburan yang berkualiti tinggi, kami juga menyiarkan pelbagai program yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian serta suntikan elemen-elemen pengajaran dan pendidikan dalam program yang disiarkan.

“Sebagai stesen televisyen, kami juga memikul tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat menerusi program-program yang mampu memupuk nilai-nilai murni dan positif.

“Membawa amanat yang sama, kami teruskan tradisi tahunan menerusi kolaborasi amal bersama pihak Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) bagi menjayakan inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ untuk mendekati audiens kami menerusi aktiviti kemasyarakatan di bulan penuh barakah ini,”katanya.

Antara program menarik sepanjang Ramadan ini di saluran Awesome TV ialah rangkaian drama-drama khas untuk peminat drama Melayu tempatan seperti drama Jodoh Duda I sebanyak 18 episod yang .

Drama yang dibintangi oleh Azrel Ismail, Elisha Sandha dan Syazwan Zulkifly itu bakal menghiasi slot ‘Rom Com’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.30 malam bermula 27 Mac 2023.

Manakala drama ‘Kiblat Yang Hilang’ akan menampilkan barisan pelakon handalan seperti Laila Nasir, Azhan Rani, Zul Huzaimy, Sweet Qismina, Kartina Aziz, Wafariena, Zain Hamid, Trisha Oii, Badrul Muhayat, Riz Amin pula bakal mengambil alih slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 8.30 malam.


Tidak ketinggalan menyertai slot hiburan, beberapa filem menarik akan dipertontonkan antaranya Perempuan Melayu Terakhir, Show Me Your Love, Pua Chu Kang The Movie dan Men On The Dragon, setiap Isnin pukul 10 malam menerusi slot Monday Movie.

Selain itu, slot Filem Kita setiap hari Rabu pukul 10 malam yang membariskan naskhah-naskhah hebat tanah air turut menghiburkan penonton antaranya Gangster Celop, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Jalan Kembali: Bohsia 2 dan Bravo 5 menanti anda.

Menyertai senarai, program-program menarik berbentuk infotainment (maklumat hibur) turut tersedia dalam pelbagai genre seperti program masakan, food hunting, travelog dan bual bicara iaitu Jadi Ke Tak?, Riuh Bazram, Eat Clean With Anis, Resepi Most Wanted, Laki Masak Bini Lucky dan Ha Ha Ha S2.

Terdapat juga seleksi filem lain mewarnai slot hiburan sepanjang Ramadan, antaranya Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi, Kanchan Tirana, Anak Buloh Betong (untuk slot Ohsem Lejen) dan Dhadkan, Race 3 serta Kick menerusi slot Hindi Special.

Turut disajikan ialah sebuah program santai berjudul Relax! Jangan Gaduh yang bersiaran bermula hari ini setiap Ahad pukul 7.30 malam dihoskan pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Membicarakan perihal agama dan isu semasa dengan konsep debat bersama ahli panel, program tersebut menyaksikan ramai selebriti popular diundang terdiri daripada pasangan suami isteri, antaranya Jihan Muse dan Ungku Hariz, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos serta Zamarul Hisham dan Diana Rafar.

Sementara itu, untuk slot Sitcom yang menemui penonton setiap Sabtu dan Ahad pukul 9.30 malam menyajikan program Housemate Kiriman Tuhan dan Kau Yang Bernama Seri, kedua-duanya bersiaran selama 15 episod.

Bukan sekadar hiburan, pengisian program kerohanian turut menjadi keutamaan Awesome TV dengan membariskan beberapa rancangan menarik, antaranya Chit Chat Ustaz S3 serta Kekasih Awal dan Akhir yang dikendalikan oleh PU Amin, setiap Isnin hingga Ahad, 7 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN