Julie Sudiro meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Utusan Malaysia

Julie Sudiro meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro, dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor.

Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di usia 80 tahun selepas berdepan dengan jangkitan paru-paru yang kritikal sebelum ini.

Difahamkan, pada 15 Januari lalu, media tempatan melaporkan keadaan kesihatan Julie semakin stabil selepas dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, keadaan mulai menjadi kritikal akibat paras oksigen menurun dan berikutan itu arwah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana memerlukan bantuan pernafasan. 

Allahyarham Julie bukan satu nama asing dalam persada seni tanah air dan dikenali dengan lagu popular berjudul, ‘Burong Nuri’ yang dirakamkan bersama Allahyarham Ahmad Mahmud dan penyanyi keroncong, Kartina Dahari.

Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat, Johor Bahru dan dibesarkan di Singapura.

Beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya, Tony Soliano yang merupakan pemuzik jazz handalan.

Pada 2006, beliau mendapat gelaran Datin Paduka daripada Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.