Tak perlu masuk campur, doa yang baik sahaja untuk Puteri Sarah, Syamsul - Nadia Brian - Utusan Malaysia

Tak perlu masuk campur, doa yang baik sahaja untuk Puteri Sarah, Syamsul – Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, turut menyentuh perasaan pelakon, Nadia Brian.

Sebagai rakan baik kepada Sarah, kata Nadia, dia tentunya bersimpati dengan apa yang berlaku, namun dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut dan keluarga mereka.

“Sebagai sahabat Sarah, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya. Untuk masuk campur, tidak. Tetapi, tidak dinafikan saya juga tumpang bersedih dengan apa yang terjadi.

“Bukan hanya saya, malah semua orang yang mengenali Sarah dan ada dengannya turut merasainya.

“Paling utama, kita semua kena doakan mereka dan berharap segala masalah dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Nadia berkata demikian semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem Eva di ibu negara, malam tadi.

Nadia juga menasihati Sarah supaya sentiasa menjaga kesihatan mental dan fizikal.

Sementara itu, ditanya sama ada timbul kebimbangan untuk dia kembali berkahwin, Nadia berkata, apa juga isu yang melanda pasangan berumah tangga seharusnya dijadikan iktibar kerana ujian hidup setiap manusia tidak sama.

“Setiap manusia ada ujian dan jalan cerita masing-masing. Apa yang baik, kita ambil sebagai contoh, manakala yang buruk dijadikan teladan.

“Saya tidak melihat pelbagai isu yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga sebagai alasan untuk takut berkahwin lagi,” katanya.

Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun membuat keputusan untuk berpisah pada 2 April 2021

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN