SUKE TV dan iQIYI sasar penonton antarabangsa - Utusan Malaysia

SUKE TV dan iQIYI sasar penonton antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV, maju selangkah lagi menerusi jalinan kerjasama bersama iQIYI, sebuah penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif dalam talian untuk menyiarkan kandungan SUKE TV secara eksklusif di platform tersebut.

Menurut Pengerusi SUKE TV, Datuk AC Mizal, kedua-dua pihak berkolaborasi untuk menyiarkan program-program SUKE TV di platform iQIYI untuk penonton di Malaysia dan Singapura.

Katanya, melalui kerjasama ini, SUKE TV akan menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia dengan tab khusus di platform iQIYI dan penstriman tersebut akan tersedia secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI.

“SUKE TV sangat berbangga dengan perkongsian ini dan juga dengan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini. Kerjasama ini telah terjalin pada masa yang tepat, dengan pertumbuhan perkhidmatan penyiaran selepas pandemik yang menghasilkan kepelbagaian kandungan merentas pelbagai genre.

“Saya yakin melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton.

“Ini adalah permulaan era baharu untuk SUKE TV, dan kami berharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan kami dengan iQIYI,” katanya.

AC Mizal berkata demikian pada sidang media dan majlis menandatangani perjanjian baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei; Dinesh Ratnam,Pengarah SUKE TV;Datin Emylia Rosnaida.

Selain itu, menurut AC Mizal, antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuk rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up, dan Odah Billionaire.

SUKE TV telah menarik perhatian dunia hiburan tempatan sejak bersiaran secara rasminya pada April awal tahun ini.

Dengan pelbagai kandungan inovatif merentas pelbagai genre, rangkaian itu terus menarik penonton dari seluruh negara dengan barisan kandungan mesra keluarga yang terdiri daripada komedi, drama dan banyak lagi.

iQIYI ialah aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun.

Ia juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun.

Platform ini menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi dan anime dengan bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya