Neelofa bekerjasama dengan UMT buktikan produk serap air

Neelofa bekerjasama dengan UMT buktikan produk innai serap air, sah solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular tanah air, Noor Neelofa, 33, enggan orang ramai terus dibelenggu dengan kekeliruan dan tanda tanya mengenai penggunaan inai sah solat di bawah jenamanya.

Berikutan itu, Neelofa dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tampil membuat penerangan secara saintifik berhubung kandungan bahan yang terdapat dalam inai jenamanya bagi membuang keraguan orang ramai dan pengguna.

“Sebelum menjual inai ini kami dah tahu ia memiliki ciri telap air atau serap air dan ia sah dibawa solat. Tapi nak buktikan dengan orang ramai, tak cukup cuma dengan kata-kata.

“Jadi, kami dapatkan pakar kimia daripada UMT untuk memberikan penerangan mengenai perkara ini dari sudut saintifik,”katanya.

Neelofa berkata demikian semasa ditemui di sidang media Innai Nunha yang diadakan di Hotel Four Season di ibu kota, hari ini.

Turut hadir ialah suami Neelofa yang juga pengasas bersama, Haris Ismail.

Selain itu, Neelofa juga tidak menolak bahawa kekeliruan ini muncul apabila ada pengguna menyangka dan mengukur inai jenamanya tidak sah dibawa solat dengan cara mengikis inai pada kuku.

“Cara mengikis itu tidak tepat sebab ada beberapa faktor lain seperti ketebalan kuku dan sebagainya. Memang sedih, geram dan marah apabila orang buat tuduhan begitu tentang produk inai kami.

“Tapi kami faham orang kita ini risau tentang solat dan kita kena buat usaha lebih untuk hilangkan was-was pengguna. Kalau orang risau, kami lebih risau sebab tak nak orang cakap guna atas nama agama (isu sah solat). Tak akaah kami tak berhati perut dan nak menipu,”katanya.

Neelofa menambah, dia tidak menolak selama kekeliruan berhubung perkara ini timbul, ia memberi kesan kepada keyakinan pengguna.

“Bila ramai yang was-was, mereka jadi ragu-ragu untuk beli dan ada yang kata nak tunggu ujian halal dahulu. Saya haral dapat jelaskan segala keraguan ini menerusi cara ini.

“Kita dah bawakan tenaga pakar untuk buat pembuktian ini dengan sangat jelas. Mungkin selepas ini,peniaga lain juga boleh gunakan cara yang sama dengan mendapatkan penjelasan pakar universiti jika terdapat isu seperti ini,”katanya.

Dalam pada itu, Profesor Madya ChM Dr Mohd Zulhelmi Rozaimi daripada Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT menerangkan dari aspek mofologi, inai jenama Neelofa didapati mempunyai ciri hidrofilik atau telap air dengan 85 peratus kandungan itu adalah daripada daun inai itu sendiri.

Katanya, sebanyak 15 peratus bahan kandungan lain yang terdapat dalam inai tersebut terdiri daripada bahan stabilizer, bahan pengawet dan bahan penebal dari sumber semulajadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya