Azhar Sulaiman bagi lampu hijau buat anak sertai parti politik - Utusan Malaysia

Azhar Sulaiman bagi lampu hijau buat anak sertai parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Azhar Sulaiman membenarkan anak perempuannya, Kasih Leia Ixora untuk menyertai mana-mana parti politik.

Azhar berkata demikian menerusi akaun Instagramnya selepas Leia tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Hubungan Antarabangsa di Universiti Nottingham, Semenyih.

“Tahniah dan syabas buat anakanda Kasih Leia Ixora kerana telah berjaya menamatkan pengajian yang dipelajari.

“Awak masuklah parti politik mana pun yang awak suka dan selamat maju jaya dalam mencuba untuk hidup!” katanya.

Terdahulu Azhar pernah berkongsi tiga cahaya matanya tiada yang mengikut jejak langkahnya sebagai seorang artis. Manakala anak lelakinya iaitu Andika Rees Pahamin merupakan atlet Malaysia dalam arena sukan hoki ais.

Hasil perkongsian hidup Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dikurniakan tiga cahaya mata Kasih Leia Ixora, 24, dan Andika yang merupakan kembar kepada Kasih Iris Leona masing-masing berusia 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya