Tontonan berjuta! Saya ada peminatlah!- Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Tontonan berjuta! Saya ada peminatlah!- Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan komtroversi,  Aliff Syukri Kamarzaman bakal mengadakan konsert sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong karier muziknya.

Menerusi luahannya di akaun Instagram,  dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci berhubung tarikh atau skala pentas konsert yang bakal diadakan.

“@Nantikan konsert @aliffsyukriterlajaklaris. Disebabkan semua lagu saya view (ditonton) berjuta-juta.

“Itu tandanya saya banyak peminat dan anda tak boleh nafikan. Sebab itu saya rancang nak buat konsert dan cari penaja,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Aliff turut memberi bayangan tentang harga tiket selain peluang peminat untuk beramah mesra dengannya secara dekat.

“Harga tiket seorang paling murah RM150, paling mahal RM10,000 boleh duduk depan pentas dengan saya menyanyi bersama-sama dan bergambar dengan saya sambil dengar lagu kelepok raya.

“Siapa nak beli dekat saya kena tempah awal-awal takut habis terjual. Siapa nak taja saya sila mesej secara terus dengan saya, tolong ya,”katanya.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia pada ruangan hantaran itu, majoriti melayangkan komen berbaur sindiran dan jenaka.

“Tak salah nak angan-angan Datuk. Tapi tinggi sangat keyakinan Datuk ini. Langit mana pergi,” komen seorang pengguna Instagram, @ammar_ryyn

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.