Mak pun dah bising, rasa give up nak buat lagu dah – Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Mak pun dah bising, rasa give up nak buat lagu dah – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila netizen tidak sudah-sudah mengecam serta mengkritik single raya baharunya, Kelepok Raya.

Berbaki dua hari sebelum dilancarkan, Aliff dalam nada sedih mengakui pening kepala dan berputus asa untuk tampil dengan lagu-lagu baharu.

“Eh pening lah kepala. Mak saya bising, netizen juga bising sama. Rasa give up nak buat lagu. Saya cuma mahu menyanyi, itu kan minat saya.

“Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Saya bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Jadi saya perlu buat sesuatu untuk tarik pendengar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, nama Aliff sekali lagi menjadi bahan kecaman dan kritikan netizen selepas teaser lagu raya baharunya, Kelepok Raya tular di media sosial.

Malah, penampilan tiga penari dengan aksi berlebihan juga mengundang kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan Aliff sekadar mahu mencipta kontoversi dan meraih publisiti murahan.

Dalam pada itu, jelas Aliff, dia sudah lama tidak tampil dengan lagu baharu dan mengharapkan agar Kelepuk Raya menjadi pilihan peminat terutama di musim lebaran.

“Sepatutnya saya berduet dengan ramai artis tetapi ada perubahan pelan. Saya harap lagu ini akan menjadi siulan. Tak mahu lah kecam-kecam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya