Kalau ada jodoh, hari ini juga saya kahwin - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Kalau ada jodoh, hari ini juga saya kahwin – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak pernah lekang dihujani pertanyaan mengenai hasrat untuk menamatkan zaman bujang, penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, bagaimanapun enggan terlalu berasa tertekan.

Menurutnya, kehidupannya kini sudah cukup sempurna bagi dirinya sementelah kini dikurniakan tiga orang anak angkat, Nur Helena, 5, Haelmy dan Haelman, pasangan kembar yang berusia setahun.

“Selalu jugalah orang tanya bila nak anak-anak saya ini akan dapat ibu. Maksudnya ornag tanya bila saya nak berkahwinlah. Tak adalah tertekan, cuma bila ditanya, saya sendiri pun tak ada jawapan.

“Pasal jodoh atau kahwin ini, benda yang sama saya akan cakap. Kalau ada jodoh hari ini , maka hari ini jugalah saya kahwin. Saya ini sentiasa saja bersedia, tapi itulah, jodoh yang belum sampai,”katanya.

Hael berkata demikian semasa ditemui pada majlis Cahaya Festira Selangor 2022 baru-baru ini.

Selain itu, ditanya mengenai proses penjagaan anak, kata Hael, dia sangat bersyukur kerana keluarga banyak membantu.

“Alhamdulillah, keluarga banyak bantu. Bila saya bekerja, ibu saya tolong tengok-tengokkan anak-anak. Tak apalah, yang penting saya tetap akan bekerja keras , cari duit untuk besarkan anak dan bahagiakan keluarga,”katanya.

Dalam pada itu, menurut Hael, sepanjang bulan Ramadan ini juga dia cuba memperlahankan aktiviti seni untuk tujuan beribadah.

“Namun dalam masa yang sama, saya akan bekerja juga dan menyiapkan lagu sempena raya yang bakal tiba. Sebenarnya, saya sendiri tak sabar nak dengarkan lagu tersebut kepada semua.

“Insya-Allah, saya akan tampil bersama bekerjama dengan kumpulan Dolla untuk projek berkenaan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.