Tak pernah rasa hidup sebagai isteri yang dimanjakan dengan hadiah - Aishah

Tak pernah rasa hidup sebagai isteri yang dimanjakan dengan hadiah – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Aishah menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila cahaya mata sulungnya, Armand menghadiahkan perhiasan tangan jenama Pandora pada ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Janji Manismu itu memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan hadiah perhiasan berkenaan tanda penghargaan buat anak kesayangannya.

Kongsi Aishah, sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri tidak pernah ‘dimanjakan’ dengan pemberian hadiah daripada orang tersayang.

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup, saya lah isteri yang membeli beras.

“Hadiah hari lahir daripada Armand buat mata mama dia masuk habuk. Tiga tahun lepas para peminat saya belikan Pandora rose gold. Kali ini dapat yang silver pula. Syukur,” katanya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pujiaan buat anaknya itu selain mendoakan yang baik-baik buat penyanyi itu dan sekeluarga.

“Alahai, manisnya abang long. Besarnya hati seorang ibu. Semoga Allah memberkati dan merahmati adik sekeluarga InsyaAllah,” tulis seorang warganet.

“Anda seorang wanita yang kuat dan hebat. Maka, Allah menduga dengan semampu kita. semoga Pelangi tiba. Terus kuat dan sihat,” komen juga seorang warganet.

“Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki kakak,” komen lagi pengguna lain.

Sekadar informasi, pada 2017 penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Sekitar November tahun lalu, Aishah turut mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya