Berpisah keputusan bersama, bukan sebab dia - Syazuwan - Utusan Malaysia

Berpisah keputusan bersama, bukan sebab dia – Syazuwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Syazuwan Hassan, 31, menafikan Wafariena Roslan bukanlah orang ketiga yang menjadi punca percintaannya selama 11 tahun dengan bekas kekasih putus di tengah jalan.

Sebaliknya, kata Syazuwan, hubungannya dengan wanita yang dirahsiakan namanya itu putus lantaran sudah tidak lagi serasi selain mengaku keputusan untuk berpisah sebenarnya dilakukan dengan persetujuan masing-masing.

“Tiada kena-mengena dengan Wafariena. Punca sebenar kami berpisah itu, biarlah tetap menjadi hal peribadi untuk saya. Cuma apa yang boleh diperakui, antara saya dan bekas kekasih, keputusan untuk berpisah adalah sebuah keputusan bersama.

“Tak payahlah nak libatkan Wafariena, dia tiada kena-mengena,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ia juga bagi mengulas dakwaan seorang wanita yang mengaku bekas kekasih pelakon ini yang turut menuduh Wafariena sebagai orang ketiga dalam hubungan mereka.

Dalam sebuah platform media sosial, wanita tersebut kononnya membongkar kecurangan Syazuwan bersama pelakon wanita itu yang kemudiannya menjadi bahan bualan di kalangan warga net.

Selain itu, jelas Syazuwan, dia menyedari perbuatan bekas kekasihnya itu yang rancak membuka cerita sedangkan ada antara perkongsian itu tidak benar.

“Kalau ikutkan hati, boleh saja saya buat perkara yang serupa macam dia. Tulis macam-macam di ruangan media sosial. Tapi sampai bila nak habis cerita?

“Mungkinlah masing-masing punya kawan akan saling menyokong, tetapi orang luar yang tak tahu pokok pangkal cerita bagaimana? Orang akan label sayalah yang tak baik.

“Tapi untuk apa saya cerita semuanya pada semua orang, itu tak perlu pun. Biarlah masing-masing bawa haluan sendiri,”katanya.

Dalam pada itu, kongsi Syazuwan, dia berpisah dengan bekas kekasihnya itu pada penghujung tahun lalu dan sejak daripada itu dia tidak pernah menghubungi wanita itu lagi.

Menurutnya, andai sekali pun dia sudah bertemu dengan mana-mana wanita lain, seharusnya ia bukan satu halangan atau kesalahan kerana dia dan bekas kekasih sudah tidak bersama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.