Penyanyi baharu, orangnya segak, sopan santun tapi jadi hasad dengki. - Utusan Malaysia

Penyanyi baharu, orangnya segak, sopan santun tapi jadi hasad dengki.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Amboi Cik Bunga, nampak marah sungguh itu? Ala pasangan baharu berkahwin, baru nak rasa nikmatnya rasa halalnya cinta. Tapi kalau menunjuk sangat, lain pula ceritanya kan. Nanti cakap orang dengki, eh pening!

Tapi cakap pasal dengki ini, ada yang bercerita ke Poklip perihal seorang penyanyi baharu. Orangnya segak, penuh santun. Cuma itulah, jadi papan sasaran orang dengki.

Kisahnya, penyanyi ini sebelum melangkah ke industri seni memang berkawan dengan ramai artis. Kira satu genglah. Selalu lepak, berkongsi idea dan cerita. Tapi lain jadi bila dia mula bergelar penyanyi.

Ada seorang rakannya yang juga penyanyi dikhabarkan mula bersikap dengki. Konon kawan baik tapi hati busuk rupanya. Dia dikatakan menyebarkan cerita tak baik dan turut sama mengata si polan itu.

Alahai sedihnya, kawan macam apa itu? Kita dengar pun sakit hati. Bukan apa, sepatutnya kawanlah saling menyokong. Kalau ada silap beritahu cuma jangan mengata.

Si junior baru melancarkan single pertama, tup-tup ada cerita kononnya dia menumpang populariti kawan-kawan. Selidik punya selidik, rupa-rupanya si senior tadi yang buat cerita. Eh, tergamak ya.

Mungkin penyanyi senior itu rasa dia bagus sangat kot. Walaupun sebenarnya pencapaian dan namanya tidaklah sehebat mana. Sekadar popular atas cerita-cerita yang kurang sedap didengar.

Atau mungkin dia takut si junior itu caras job dia? Takkan sampai tahap itu pemikiran negatif awak. Masing-masing kan punya rezeki sendiri. Si senior itu pun, awak bukan sendu mana.
Jadi salinglah menyokong.

Jangan mengaku kawan tapi dengki dan busuk hati. Nasib baik kawan-kawan Poklip baik hati semuanya. Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya