Sukarelawan sayu nasib mangsa - Utusan Malaysia

Sukarelawan sayu nasib mangsa

KELIHATAN seorang penduduk Kampung Sungai Lui bersama peralatan rumah yang terkena banjir di Kampung Sungai Lui di. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Pasukan sukare­lawan Kebun Ekar Lui berkampung sejak Isnin lalu di Hulu Langat bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sini.
Mereka memberi bantuan makanan seperti beras, telur, makan kering serta pakaian dan barangan keperluan asas lain.

Pemiliknya, Zalina Rahim berkata, jiwanya sayu melihat keadaan penduduk kawasan itu yang pada awal kejadian itu, ada yang kelaparan.

ZALINA RAHIM

“Kami telah mula gerak kerja pada hari Isnin lalu dan keadaan ketika itu sangat menyedihkan. Keadaan rumah penduduk di sini seperti tiada harapan untuk pulih. Melihat keadaan itu, kami sedar kami perlu bantu dan pa­sukan kami daripada Johor turut hadir untuk memberikan bantuan.

“Disebabkan kereta-kereta banyak yang rosak akibat banjir, penduduk tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Kawasan itu bahaya, namun, ramai sukarelawan hadir untuk membantu. Namun, ketika ini, kita kekurangan runner untuk membawa masuk barang-barang yang disedekahkan ke­rana kereta-kereta orang awam tidak lagi boleh masuk ke kawasan itu untuk tidak membahayakan nyawa orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Keadaan pasca banjir di kawasan di Sungai Lui dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat seperti dilanda tsunami.

Banyak rumah terutamanya yang diperbuat daripada kayu hanyut dibawa arus air deras manakala lebih 20 buah kereta kelihatan tersadai.

Sementara itu, pesara Tentera Udara Diraja Malaysia, Bakhtiar Hamdan, 61 berkata beliau kehilangan keseluruhan barangan rumahnya dan kini mengharap­kan bantuan kewangan untuk menampung kerugian akibat banjir besar itu.

“Hari ini saya rasa bersyukur kerana ramai datang menolong di kawasan Sungai Lui termasuklah agensi kerajaan seperti pasukan bomba dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk bantu kami.

“Saya tidak mampu untuk membersihkan lumpur ini seorang diri. Hanya kami tiga beranak sahaja di rumah ini. Kudrat pun tidak mencukupi. Banjir yang baru berlaku ini lebih teruk berbanding tahun 1971 dulu.

“Ketika ini, saya hanya tinggal sehelai sepinggang. Bantuan kewangan amatlah diperlukan. Pada tragedi kali ini, saya kerugian ratusan ribu jika dijumlahkan daripada kos peralatan rumah saya, “ ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya