Jawatan hanya sementara, manusia datang dan pergi - Sulaiman - Utusan Malaysia

Jawatan hanya sementara, manusia datang dan pergi – Sulaiman

SULAIMAN Md. Ali (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akur dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadap kepemimimpinannya menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, namun melihat keputusannya menyerahkan jawatan tidak menyelesaikan kemelut yang melanda. 

Katanya, dia bagaimanapun tidak melihat titik penyelesaian walaupun ketika selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan dengan persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam. 

“Apabila kemelut ini berlaku apa yang boleh saya lakukan, bila rakan-rakan hilang kepercayaan. Tak mengapalah, jawatan ini sementara sahaja, manusia datang dan pergi, jadi seelok-eloknya kita serahkan balik (jawatan) dan beri mandat kepada rakyat. 

“Apabila pembubaran DUN dibuat, saya hanya menjalankan tugas sayalah (sebagai caretaker) saya nampak tidak ada jalan penyelesaian, masing-masing kalau kata boleh berkhidmat inilah masa yang terbaik. 

“Kita serah semula mandat kepada rakyat, walaupun sedar sekarang ini kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 namun tiada apa yang boleh saya lakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu menafikan semua tohmahan yang dilemparkan terhadapnya oleh empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan terhadapnya. 

“Yang keduanya, tohmahan-tohmahan yang dilemparkan, saya menafikanlah, semuanya mengikut peraturan dan perundangan. Kalau tidak berpuas hati pergilah kepada pihak berkenaan,” katanya. 

Ditanya mengenai perancangan sama ada akan mengekalkan kerusi sedia ada, Sulaiman menjawab semua diserahkan kepada keputusan kepimpinan atasan. 

Dalam pada itu, Sulaiman turut kelihatan sebak ketika bercakap di hadapan jemaah di masjid berkenaan dan meminta maaf sepanjang kepimpinannya. 

“Allah memberikan kerajaan kepada sesiapa yang dikehendaki,  bagaimanapun saya minta maaf. 

“Cuma banyak perkara- perkara yang belum dapat saya lakukan, namun kembalikan kepada rakyat buatlah pilihan yang terbaik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya