Tak boleh solat hajat, kalau tak qada solat? - Utusan Malaysia

Tak boleh solat hajat, kalau tak qada solat?

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Adakah betul yang mengatakan haram kita menunaikan solat sunat hajat dan solat sunat taubat sekiranya kita belum selesai menunaikan solat qada.

Hamba Allah
Taiping, Perak

Jawapan
Ia tidaklah haram secara mutlak selagi mana dia tahu dia mampu menqada solat-solat yang pernah dia tinggalkan, maka susunlah jadual solat qada dengan baik agar dia tidak mengabaikannya ketika melakukan ibadat sunat. Adapun hadis yang menyatakan tidak diterima amalan sunat sehingga dilaksanakan fardu, ia adalah daif.

Dalam iddah ziarah ibu

Soalan
Ustaz, bolehkah perempuan yang baru kematian suami menziarahi ibunya yang sakit di rumah berdekatan dan pada masa sama meraikan hari lahir ibunya bersama adik beradik. Mohon pencerahan.

Normah Zainal
Johor

Jawapan
Untuk menziarahi ibu yang sakit di atas hujah itu diharuskan ketika iddah dan dia perlu pulang ke rumahnya melainkan dia yang perlu menjaga ibunya maka dia boleh duduk di rumah itu secara berpindah. Namun untuk menghadiri majlis harijadi ia bukan daripada hujah, maka dia tidak boleh pergi.

Tolong keluarga Kristian hias pokok Krismas

Soalan
Ustaz, bolehkah seorang Muslim yang telah berkahwin dengan seorang Kristian (yang telah memeluk Islam) membantu menghias pokok Krismas di rumah mertuanya (yang belum Islam).

Zubir
Selangor

Jawapan
Ya, tidak boleh kita sebagai seorang Muslim menghiasi rumahnya dengan perhiasan Krismas cukuplah dia mengucapkan selamat tahun baharu dan makan-makan bersama mereka.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya