Melayan suami atau isteri orang - Utusan Malaysia

Melayan suami atau isteri orang

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya berbalas-balas mesej di telefon dengan suami atau isteri orang hanya untuk menghilangkan rasa bosan dan sunyi?

Zalzalin
Selangor

Jawapan
Tidak boleh kita melakukan sedemikian tanpa sebarang sebab munasabah kerana boleh menimbulkan fitnah atau cemburu pada pasangan. Hendak mengadu masalah, mengadulah pada isteri atau suami sendiri. Begitu juga kalau bosan atau sunyi.

Solat tak khusyuk

Soalan
Ustaz, bagaimanakah kita mahu mendapatkan solat yang khusyuk. Sebab semasa solat saya selalu teringat hal-hal kerja dan kalau selalu rasa lapar pula, mahu cepat-cepat menghabiskan solat itu.

Amirul Hakim
Perak

Jawapan
Teringatkan perkara-perkara duniawi ketika solat adalah tanda-tanda kepada kelalaian maka berusahalah memokuskan minda kepada makna-makna yang dibaca atau mengingati syurga atau neraka ketika solat. Terlebih dahulu lakukan solat sunat qabliah sebelum menunaikan solat fardu agar dapat menjernihkan hati terdahulu sebelum menunaikan solat fardu.

Beli produk pengusaha hina Islam

Soalan
Apakah hukumnya membeli produk-produk yang dijual oleh pengusaha yang memperlekeh Islam?

Izumi Aimi
Kedah

Jawapan
Hukum membeli barangan orang yang mem­per­lekehkan agama adalah sah jualan tersebut sekiranya barangan itu halal, namun jika ia membawa kepada kemudaratan agama ia menjadi terlarang disebabkan menyokong orang yang melakukan maksiat.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya