Lap air wudhu - Utusan Malaysia

Lap air wudhu

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya mengelap air wudhu sebelum menunaikan solat? Adakah sah solat itu?

Nurain Husin
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum mengelap air wudhu adalah makruh melainkan ada sebab seperti tidak tahan sejuk atau ada penyakit, kulit tidak boleh basah. Ia tidaklah membatalkan wuduk dan solat.

Matikan telefon semasa solat

Soalan
Bolehkah kita yang sedang bersolat mematikan bunyi telefon kerana terlalu kuat ganggu orang lain solat kemudian menyambung semula solat kita?

Ashraf
Perak

Jawapan
Hukum mematikan bunyi telefon tidak mengapa kerana itu yang terbaik kerana ia boleh mengganggu orang lain yang sedang menunaikan solat asalkan tidak melakukan pergerakan yang banyak yang membatalkan solat.

Panggil Haji tapi belum naik haji

Soalan
Ustaz, apa hukumnya memanggil gelaran Haji dan Hajjah kepada yang belum menunaikan haji?

Iqbal Halim
Melaka

Jawapan
Hukum memanggil gelaran Haji atau Hajjah dengan niat orang itu bakal menunaikan haji, insya-Allah tidak mengapa asalkan tidak ada niat untuk memerli atau menyindir.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya