Simpan tanduk rusa di rumah - Utusan Malaysia

Simpan tanduk rusa di rumah

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Saya ingin bertanya tentang hukum menyimpan tanduk rusa, kijang dan lain-lain binatang yang halal yang telah disembelih sama ada harus atau dibolehkan?

Syafiq Amirrullah
Perak

Jawapan
Menyimpan tanduk rusa yang sudah disembelih di mana ia adalah bersih, tidak mengapa sekiranya hanya untuk perhiasan dan tiada unsur-unsur pemujaan dan mengambil berkat.
Yang lebih baik elakkan. Namun kena juga melihat kepada undang-undang adakah ia dibolehkan. Jika terlarang maka tidak bolehlah menyimpannya.

Rawatan jarak jauh

Soalan
Apakah dibolehkan berubat dengan peramal perubatan yang menggunakan kaedah rawatan dari jauh. Tidakkah itu menggunakan jin?

Nizan Shahbana
Kelantan

Jawapan
Kaedah rawatan jarak jauh selalunya menggunakan jin dan banyak unsur penipuan. Maka ia adalah terlarang dan tidak mempunyai pembuktian terhadap rawatan tersebut.

Tak pergi jemputan kenduri kahwin

Soalan
Apakah hukumnya tidak pergi ke majlis perkahwinan yang dijemput dengan tiada alasan kukuh?

Nuraina Hakimi
Pahang

Jawapan
Tidak menghadiri majlis kahwin yang dekat tanpa alasan kukuh adalah tidak patut. Namun sekiranya ia jauh dari kediaman kita seperti dua marhalah maka ia tidak lagi menjadi kewajipan lagi ke atas orang yang dijemput kerana perjalanan itu membebankan.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.